Rabu, 13 Julai 2011

Sewaktu Dulu-dulu

 Assalamualaikum,

Aik..macam lagu pulak title di atas tu yer? Lagu sapa laaa... Tak salah aku lagu si Elyana tuh, walaupun aku tak penah plak dengar lagu dia macam mana, tapi sekureng-kurengnyer aku tau dia punya tajuk ma!
Terlintas di pikiran aku nak tulis di entry nih pasal sejarah zaman silam tertubuhnya 60N1! dan apa aktiviti-aktiviti yang tak munasabah langsung yang kitorang dah buat. Korang mesti tertanya-tanya kan natang apa 60N1! tuh? haha

Segalanya bermula di sini dan begini...

 60N1! versi chibi + sorang lagi ahli sampingan

sapa plak Humairah tu yer? haha nanti kita bongkar nama-nama penuh ahlul2 kumpulan nih..tu kemudian..sekarang aku nak cita penubuhan kumpulan nih. Aku tak berapa ingat la macam mano, tapi tak salah aku benda nih berlaku masa kitorang tingkatan 4 kot. Masa tingkatan 4 tuh, Mailee Kim dan si Nawon tuh ada kat kelas lain iaitu kelas 4 Ibn Sina. Kelas first tau..Jangan main-main. Nih kes bercerai berai nih pasal kes result PMR 2007 tak salah aku. Aku, si EmyIans, IkaV dan si AemyLam plak dok sekelas 4 al-Zahrawi, seken kelas..Haaa..masa nih IkaV dan si AemyLam aku tak kenal sangat pon. Kenai gitu-gitu ja..

al nak dijadikan kisah dan tauladan benda groupie-groupie nih berlaku masa hari Ko-K..ala yang student-student kena masuk persatuan tu la, ni la..Yang tu la..Dalam kekonpiusan, kitorang pon cadang nak masuk Kelab Sains(masa nih aku, EmyIans, Nawon, MaileeKim) Tak semena-mena budak dua orang lagi tuh join jugak kelab nih. Diorang jugak buntu aku rasa. Haha Jadi kitorang berkenalan jer la dalam tu..sebenarnya si IkaV dan AemyLam nih kawannyer sekelas MaileeKim masa tingkatan 1-3, aku dan yang lain-lain tu jer la tak berapa kenal. Dah bersua muka dalam persatuan tuh, apa lagi, bergelak ketawa la kitorang semua, berkenal-kenalan la katakan.

Maka tertubuhlah 60N1!

 

Aik! Tetibe jer..aku pon tak tau kenapa tiba-tiba jer "maka tertubuhlah 60N1!".Relax-relax, aku saja jer nak skip.Macam nih sebenarnya, nih semua terjadi masa kitorang plan nak wat trip ke KL. Kami, para senior-senior la yang mencadangkan usul-usul nak pi KL nih. Aku pon tak tau ada apa sangat kat KL tuh..Haha gurau3..Ok back to the basic, disebabkan kitorang sibuk membuat segala urusan-urusan persediaan nak pi KL tuh la kitorang semua jadi rapat.(walaupun aku tak la sesibuk mereka..haha..gomenasai!)Masa nih kitorang form 4 rasanyer...Trip ke KL tuh, bukan calang-calang sih. Kami bukan terbang. Bukan juga bergelek. Tetapi, meluncur! Ya..meluncur! Satu persatuan meluncur dengan kereta api! Tu dia..

Tapi, nak cerita panjang sangat, tapi banyaklah yang terjadi sepanjang trip kitorang tuh. Pengalaman di hotel berpuaka la, misteri atas kereta api la, misteri bilik sebelah la, misteri abang 'sayang' la...Haha..Lawak pulak aku rasa. Tapi disebabkan trip tu jugak la, hubungan kitorang menjadi bertambah rapet! Nih bukan typo..Ya! hubungan kami menjadi amet rapet banget sehingga tertubuhnya 60N1!

alamak..poyo tahap dewa siot! xD

Ya! itulah ahlul-ahlul 60N1! yang asli lagi murni..Nampak ganas pulak gambar di atas berlatar belakangkan ayat "Mati Tanpa Saksi" haha.. Jangan salah faham. Kitorang bukan geng emo. Sebenarnya ayatnya begini, "Hidup Tanpa Sahabat Ibarat Mati Tanpa Saksi". Kesalahan teknik mengambil gambar sedikit tapi gambar nih tetap cool dan boleh tahan la kalau buat cover majalah Mangga..(tak layak aku rasa, sebab majalah Mangga tuh nak yang seksi jer, gambar kat atas terlebey seksi)

Nak dijadikan cerita, kitorang, kalau sorang nak pi tandas, berduyun yang menyusul. Lepas tuh, yang aku tak paham sekali, bila pi tandas, bukan nak melabur ke hape, tapi siap menari2 dalam tu lagi. Masa tu kitorang tengah demam Kpop(kecuali AemyLam ngan Nawon) Masa tuh kitorang tingkatan 5 dan duduk sekelas 5 al-Zahrawi.

Bukan itu saja aktiviti tak bermoral dan tak bermanfaat kami. Kitorang juga buat 'study dance' gantian kepada 'study group'. Konon-kononyer nak buat 'study group' la sebab SPM nak dekat, tapi disebabkan pengaruh Kpop amat dasyat buat kami masa tih, masa untuk studi terkubor lebor begitu sahaja, digantikan dengan aktiviti menari-nari kami.(part nih AemyLam ngan Nawon dah balik kot)

Dan macam-macam lagi la aktiviti-aktiviti tak bermoral yang kami lakukan. Nak dekat2 SPM pon buat hal! al-maklumlah tak tahan godaan bercampur stress..Haha..Tapi stakat tu jer la aku crita. Panjang merelet plak nih. Tak terbaca korang. Aku kalau dah start tulih, memang panjangla ngomelan ku..
Sampai di sini saja, catatanku buat hari ini..Arios dan wassalam~~

**nota : 60N1! maksudnya 6 orang dalam satu..poyo giler nama tuh, sapa la punya idea yer..hehe jangan mare~ aku tak ingat plak nak tulih dalam entry...maaf ya kalian!

1 ulasan:

  1. AKu suka sangat!! lawak hahah baguih2 entry gini seswai dibaca kpd ssiapa yg mengenali diri kita (hahah poyo)

    BalasPadam